Status Pekerjaan Anda?

Pengalaman ambil exam PTD M41 ?

Sedikit Info Tentang Jitegha Bloggers

My Photo
Jitra, Jelapang Padi, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Jitegha Bloggers. Semoga Blog Ini Mampu Memberikan Manfaat Kepada Anda Semua. Semoga Berjaya.

Jom Join Blog Jitegha

Razaksat - Kemajuan Dalam Perancangan Bandar

KUCHING, 16 April (Bernama) -- Satelit remote sensing kedua negara RazakSAT yang akan mengelilingi orbit garisan Khatulistiwa dijangka akan dilancarkan mengikut jadual pada 21 April ini jam 6 pagi waktu Malaysia, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof di sini.

Fadillah berkata RazakSAT yang dianggarkan bernilai RM150 juta untuk keseluruhan kos pembangunan akan dilancar menggunakan jet pelancar Falcon 1 dari tapak pelancaran Omelek Island, Kwajalein dengan kawalan misi di SpaceX HQ di Los Angeles.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan pelancaran RazakSAT dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada pagi 21 April ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengenalan Astronomi dan Sains Angkasa 2009 di Pusat Maklumat Islam di sini.

Beliau berkata hasil kejuruteraan dan sains tempatan RazakSAT mampu memberikan imej yang berguna untuk pembangunan guna tanah, pemantauan hutan dan alam sekitar, pemantauan bencana seperti banjir, dan pemetaan yang turut memberi faedah kepada negara lain yang berminat menggunakan perkhidmatan RazakSAT. Bernama.

Info Razaksat :

Detik bersejarah dengan pelancaran RazakSat, iaitu satelit pertama yang dibangunkan sepenuhnya oleh kepakaran tempatan. Hari pelancaran dikatakan bersejarah bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada pengendali pelancar kerana RazakSat akan menggunakan roket pelancar Falcon-1 milik Space Exploration Technologies (SpaceX) yang dimiliki oleh pengasas PayPal Elon Musk. SpaceX menanti dengan penuh harapan hari pelancaran kerana RazakSat merupakan satelit pertama Falcon-1 yang akan dilancarkan ke orbit.

Kejayaan RazakSat bukan sahaja bakal menentukan hala tuju program angkasa negara tetapi juga penentu kepada strategi busines SpaceX kerana selama ini kewujudan SpaceX banyak bergantung kepada pembiayaan projek oleh Pentagon, Amerika Syarikat. RazakSat merupakan satelit pertama yang akan dilancarkan oleh SpaceX menggunakan dana pemilik satelit awam sepenuhnya.

Mungkin ramai rakyat Malaysia mula mempersoalkan keperluan membelanjakan wang dengan begitu banyak hanya untuk memiliki sebuah satelit di ruang angkasa kerana semenjak dari tahun 2000 ketika program ini mula diilhamkan sehingga ke hari ini sebanyak RM150 juta telah dibelanjakan.

Selain daripada jumlah wang yang telah dilaburkan, rakyat juga mempersoalkan mengapa masa yang begitu lama diambil untuk membangunkan sebuah satelit.

Ada yang mempersoalkan keupayaan RazakSat mendapatkan imej beresolusi sehingga 2.5 meter tersebut tiada apa yang boleh dibanggakan kerana terdapat banyak lagi satelit yang mempunyai kemampuan jauh lebih baik daripada RazakSat.

Tanpa RazakSat rakyat Malaysia mampu mendapatkan imej daripada agensi Remote Sensing Malaysia (RSM) atau pun dari sumber lain. Umpamanya pengguna boleh memperolehi imej satelit Spot-5 kepunyaan Perancis yang mempunyai keupayaan yang serupa dengan RazakSat.

Tetapi imej yang diperolehi melalui RazakSat dijangka boleh dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding dengan satelit sedia ada kerana dua faktor.

Pertama adalah kos RM150 juta untuk membangunkan RazakSat adalah lebih rendah jika hendak dibandingkan kos untuk memperolehi satelit yang telah siap dibangunkan pihak luar.

Faktor kedua ialah jumlah imbasan yang dapat dilakukan di Khatulistiwa adalah lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan satelit yang lain.

Tetapi pengkritik juga perlu menilai dari perspektif yang lebih adil kerana lompatan kemampuan teknologi kepakaran tempatan adalah begitu ketara sekali.

Ini adalah kerana satelit TiungSat yang pada ketika ini sudah tidak beroperasi hanya mempunyai resolusi 75 meter. Lompatan dari kemampuan resolusi 75 meter hingga ke 2.5 meter begitu jelas menunjukkan peningkatan teknologi dan kepakaran saintis dan jurutera satelit tempatan.

Satu perkara yang paling menarik mengenai RazakSat yang tidak boleh diambil mudah ialah satelit tersebut merupakan satelit pertama di dunia yang berada pada orbit hampir Khatulistiwa. Keistimewaan orbit Khatulistiwa adalah RazakSat mampu membuat imbasan pada kawasan tertentu di Malaysia sebanyak 11 hingga 14 kali dalam masa satu hari.

Kebanyakan satelit Remote Sensing sedia ada (seperti Spot) berada pada orbit polar yang memberi maksud bahawa imbasan ulangan hanya dapat dilakukan selang beberapa hari. Oleh kerana kawasan Khatulistiwa sering diliputi awan maka lazimnya imbasan akan ditutupi oleh awan.

Tetapi dengan beberapa imbasan selama satu hari sudah pasti kelebihan RazakSat membawa manfaat yang tidak terhingga bukan sahaja kepada Malaysia tetapi semua negara yang berada dalam lintasan Khatulistiwa.

Sebagaimana Beijing, New Delhi, Pyongyang atau pun Teheran mengunakan pembangunan teknologi angkasa lepas sebagai kekuatan strategi geopolitik masing-masing, Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dari persepsi sedemikian rupa.

Kekuatan politik merupakan antara faktor penting yang akan menentukan kejayaan cita-cita angkasa lepas masing-masing kerana tekanan sama ada dalaman atau luaran adalah begitu hebat sekali.

Cuma perbezaan yang ketara ialah ada negara menggunakan teknologi tersebut sebagai strategi ketenteraan.

Nama asal RazakSat ialah MacSat kerana mengambil singkatan teknologi optik yang digunakan iaitu Kamera Aperture Bersaiz Sederhana. Tetapi pada tahun 2003, Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad menukar MacSat ke RazakSat sempena mengambil nama bekas Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengenang jasa beliau dalam membangunkan negara sesuai dengan gelaran ‘Bapa Pembangunan’.

RazakSat merupakan manifestasi sebenar kekuatan politik Malaysia supaya negara tidak ketinggalan dalam teknologi angkasa lepas. Ini adalah kerana teknologi ini bukan hanya merangkumi ruang litup angkasa lepas tetapi yang lebih penting adalah ia memberi kesan terhadap kepentingan geostrategik negara.

Sememangnya harapan Malaysia adalah untuk membangunkan teknologi angkasa lepas menggunakan kepakaran tempatan seperti mana yang mampu dilaksanakan oleh Iran. Kejayaan negara tersebut melancarkan satelit Omid menggunakan pelancar Safir-2 pada bulan Februari lepas adalah contoh nyata bagaimana kesungguhan membawa kejayaan.

Kepakaran tempatan Malaysia yang berjaya membangunkan RazakSat seberat 150kg tidak boleh diperkecilkan kerana ia merupakan antara satelit yang ringan bagi kelas satelit kecil.

Memang benar Malaysia perlu berhati-hati dalam melaksanakan program angkasa lepas negara dan ini termasuklah program membangunkan satelit. Tetapi satu perkara perlu difahami dan tidak dapat dielakkan ialah peruntukan yang besar adalah diperlukan jika Malaysia serius menceburi bidang tersebut dan di sinilah kemahuan politik yang kuat memainkan peranan yang penting untuk menjayakan misi tersebut.

Apakah kelebihan satelit RazakSat?

Dengan berat cuma 187.6 kilogram dan ketinggian 1.25 meter, satelit ini yang dijana menerusi panel solar 150 watt. Ia mencipta sejarah kerana direka untuk mengorbit bumi, bukan berputar menegak dari atas ke bawah. Sebaliknya ia mengelilingi bumi secara melintang mengikut garisan Khatulistiwa.

Biarpun bakal dilancarkan pada bulan Ramadan depan sempena sambutan ulang tahun ke-51 kemerdekaan Malaysia, kita sudah mendapat banyak pertanyaan termasuk daripada negara maju sendiri yang ingin belajar bagaimana kita mereka satelit ini untuk mengorbit secara sedemikian.
Bayangkanlah, satelit biasa mengorbit utara-selatan yang mengambil masa 11 hari untuk melengkapkan satu pusingan. RazakSat dengan kelajuan purata sehingga tujuh kilometer sesaat pula dalam sehari sahaja sudah mampu berpusing 15 kali atau 90 minit untuk melengkapkan satu orbit.

Ia satu kelebihan kerana jika berlaku kebakaran atau mengesan orang hilang, satelit lain hanya dapat memberi imej terbaru setiap 11 hari tetapi RazakSat sudah ada 15 gambar berbeza setiap hari. Ini bermakna RazakSat mampu memberi imej terkini yang lebih cekap berbanding yang lain.

Berapa lama RazakSat mampu bertahan di angkasa?

Jika melihat kepada rekod satelit sebelum ini TiungSat, ia direka untuk jangka hayat setahun sahaja tetapi hakikatnya ia bertahan baik sehingga lebih tiga tahun. Untuk RazakSat pula ia diramalkan sekitar tiga tahun namun kita yakin jangka hayatnya boleh mencecah lima tahun. Ini kerana ia dilengkapi sistem sokongan tenaga elektrik yang mengandungi tiga panel solar yang setiap satu menjana 110 watt sekali gus terbang mendatar 685 kilometer dari atas permukaan bumi. Ia juga mampu mengurus simpanan data hingga 32 gigabit dan menghantar imej 30 megabit sesaat.

Apakah prospek satelit ini kepada negara?

Projek ini membuka dimensi baru kepada bidang sains angkasa kerana buat julung kali, Malaysia sudah ada pasukan jurutera khusus dalam bidang pembuatan satelit. Diharap satu masa nanti kita mampu mencipta satelit daripada komponen tempatan dan menggalakkan industri satelit. Buat masa ini, kebanyakan komponen terpaksa diimport kerana belum ada pengilang tempatan yang mampu mengilang terus komponen itu walhal ia amat bernilai. Jika dikeluarkan di Malaysia, ia pasti murah dan boleh dieksport ke banyak negara yang kini berlumba membuat satelit sendiri.

1 comments:

Anonymous said...

Solar eneragy is the future for the planet.
[url=http://www.solarcourses.org/]solar water pump[/url]

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top