Status Pekerjaan Anda?

Pengalaman ambil exam PTD M41 ?

Sedikit Info Tentang Jitegha Bloggers

My Photo
Jitra, Jelapang Padi, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Jitegha Bloggers. Semoga Blog Ini Mampu Memberikan Manfaat Kepada Anda Semua. Semoga Berjaya.

Jom Join Blog Jitegha

Jawatan Kosong - Universiti Malaysia Pahang (Pelbagai Jawatan Kosong)

1. PEGAWAI KESELAMATAN (KEKOSONGAN : 1) Tarikh tutup 5 Mei 2010.

Gred KP44

P1T1 RM2978.81 - P1T14 RM4932.45

P2T1 RM3297.47 - P2T14 RM5414.00

Kelayakan:

(a) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf yang diiktiraf oleh kerajaan daripada

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf yang diiktiraf oleh kerajaan

daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang

diiktiraf setaraf dengannya

(b) bekas Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia atau Kapten Angkatan

Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam

jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;

(c) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-sekurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi

wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-sekurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg

bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm

dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji

berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin

mata; dan

(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.



Syarat Lantikan Tambahan

(a) Mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang

berkaitan.

(b) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris

pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

(c) Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat Ijazah

Sarjana Muda.



2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (KEKOSONGAN : 1)

Gred S44

P1T1 RM2976.03 - P1T14 RM4929.67

P2T1 RM3294.69 - P2T14 RM5411.22



Kelayakan:

(a) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh

kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam berkaitan

yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi

tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.



Syarat Lantikan Tambahan

(a) Mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang

berkaitan.

(b) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris

pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

(c) Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat Ijazah

Sarjana Muda.



3. PEGAWAI PSIKOLOGI (KEKOSONGAN : 1)

Gred S44

P1T1 RM2976.03 - P1T14 RM4929.67

P2T1 RM3294.69 - P2T14 RM5411.22



Kelayakan:

(a) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi atau psikologi

klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta

Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya; atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi atau psikologi klinikal atau

kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya; atau

(iv) Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang psikologi atau psikologi

klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-

institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya.

Dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.



Syarat Lantikan Tambahan

(a) Mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang

berkaitan.

(b) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris

pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

(c) Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat Ijazah

Sarjana Muda.



4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KEKOSONGAN : 2)

Gred F41

P1T1 RM1899.01 - P1T25 RM4715.47

P2T1 RM1995.02 - P2T25 RM4988.08

P3T1 RM2095.21 - P3T25 RM5284.57



Kelayakan:

(a) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau

teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T1); atau

(ii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh

kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T3); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer atau teknologi

maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan

daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan

yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T6); atau

(iv) ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer,

teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh

kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T9) dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.



Syarat Lantikan Tambahan

Bagi jawatan yang ditawarkan di Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi :

i) Bidang: Multimedia

(a) Keutamaan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda

dalam bidang Multimedia, Grafik dan bidang-bidang lain yang

berkaitan dengan multimedia.

(b) Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam

bidang multimedia dan pengaturcaraan seperti Java Server

Pages, PHP, Java dan Cold Fusion.

(c) Berpengalaman luas dalam membina aplikasi multimedia di

dalam bentuk video dan web serta menghasilkan produksi media

seperti video, grafik dan audio.

(d) Berpengalaman luas dalam menggunakan perisian seperti Adobe

Photoshop, Adobe Illustrator, Dreamweaver, FrontPage,

Macromedia Flash, Netobjects Fusion dan perisian lain yang

berkaitan.

(e) Berpengalaman luas dalam penggunaan HTML, DHTML, Visual

Basic dan JavaScript.

ii) Bidang: Telekomunikasi

(a) Mempunyai pengetahuan yang luas dalam Sistem

Telekomunikasi PABX dan pengetahuan asas dalam rangkaian.

(b) Memilik kemahiran dan pengalaman dalam mentadbir dan

menguruskan Sistem Telekomunikasi PABX adalah satu

kelebihan dan akan diberi keutamaan.

iii) Mencapai Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris

pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

iv) Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat Ijazah

Sarjana Muda.



5. PENOLONG AKAUNTAN (KEKOSONGAN : 2)

Gred W27

P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64

P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79

P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80



Kelayakan:

(a) diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau

pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi

pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T5); atau

(b) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United

Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W27:P1T8);dan

(c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.



6. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (KEKOSONGAN : 1)

Gred U29P1T1 RM1160.69 - P1T24 RM3057.39

P2T1 RM1231.78 - P2T24 RM3279.74

P3T1 RM1305.89 - P3T24 RM3476.28



Kelayakan:

(a) Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan

Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29:P1T6);

dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.



Syarat Lantikan Tambahan

Keutamaan kepada calon yang mempunyai:

(a) pengalaman kerja di Kementerian Kesihatan Malaysia.

(b) sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang

berkaitan.

(c) kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

(d) pengalaman mengendalikan first aid dan CPR serta kes berkaitan

seperti ILI dan H1N1.



PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa

Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.



SYARAT-SYARAT UMUM

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat

dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan

yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.



TARAF JAWATAN

Jawatan akan dilantik secara tetap ataupun kontrak.



CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua

Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi

Tahunan tiga (3) tahun kebelakang, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini
dan

ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan

Perkhidmatan) 2005, Para 17.



UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur
kurang

dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di

laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my.
Calon diwajibkan mencetak

Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran

permohonan melalui web rasmi UMP). Sila hantar permohonan berserta dengan

salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang
tertera

di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP

tidak akan dilayan.

PENDAFTAR,

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,

LEBUHRAYA TUN RAZAK,

26300 GAMBANG, KUANTAN,

PAHANG DARUL MAKMUR.

(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)



CATATAN AM

a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk

temuduga.

b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh

tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu

dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

Tarikh tutup 5 Mei 2010.

0 comments:

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top