Status Pekerjaan Anda?

Pengalaman ambil exam PTD M41 ?

Sedikit Info Tentang Jitegha Bloggers

My Photo
Jitra, Jelapang Padi, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Jitegha Bloggers. Semoga Blog Ini Mampu Memberikan Manfaat Kepada Anda Semua. Semoga Berjaya.

Jom Join Blog Jitegha

Jawatan Kosong : Universiti Teknologi MARA (UiTM Terengganu)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia (Anak Negeri Terengganu*) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan JAWATAN TETAP di UiTM Terengganu Kampus Dungun, UiTM Kampus Kuala Terengganu & UiTM Kampus Bukit Besi. Tarikh tutup 10 Mei 2010.

1.JURUTEKNIK J17 (6 Kekosongan)
-AWAM (1)
-ELEKTRIK (3)
-MEKANIKAL (1)
-AUDIO VISUAL (1)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1T9); DAN
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT17) (2 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) dalam bidang elektrik atau elektronik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T9); DAN
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


3.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N17 (1 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan ;
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan (i) c di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


4.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 (2 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2) ; ATAU
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17; P1T5) ; ATAU
(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9) ; DAN
(d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5.PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17 (2 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


6.PEMBANTU MAKMAL (DAPUR) C17 (1 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peperiksaan tersebut. DAN
(d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diitirafkan setaraf dengannya oleh kerajaan.


7.PENGAWAL KESELAMATAN KP11 (3 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg. bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
ii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79cm dan semasa menarik nafas 84cm (lelaki sahaja).
iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; DAN
v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN
(e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) (i) hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan (c)(i) di atas ; ATAU
(ii) Lulus Peperiksaan Khas
(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan


8.PEMANDU KENDERAAN R3 (4 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan :
ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] ;
iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
· Lesen D P1T3
· Lesen E/E1/E2 P1T4
· Lesen F/H P1T5
· Lesen G/I P1T6 DAN
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) Mempunyai kelayakan di perenggan i(c)(ii)dan (iii) di atas ; dan
(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh


9.PEMBANTU AM PEJABAT N1 (2 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
(ii) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)


10.PEKERJA AWAM R1 (1 Kekosongan)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan ; DAN
(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan ialah pada Gred R1 : P1T3) DAN
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON
a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.
b) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan (asal)
c) Pemohon boleh memohon hanya dua (2) jawatan sahaja.
d) Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM Terengganu di http://terengganu.uitm.edu.my/ dan borang juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti, UiTM Terengganu, Dungun.

* Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu sahaja. Pemohon atau bapa pemohon hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu.

Sila kemukakan permohonan kepada :-

TIMBALAN PENDAFTAR

BAHAGIAN PENTADBIRAN
ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
UiTM TERENGANU
23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN

>Borang<

0 comments:

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top