Status Pekerjaan Anda?

Pengalaman ambil exam PTD M41 ?

Sedikit Info Tentang Jitegha Bloggers

My Photo
Jitra, Jelapang Padi, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Jitegha Bloggers. Semoga Blog Ini Mampu Memberikan Manfaat Kepada Anda Semua. Semoga Berjaya.

Jom Join Blog Jitegha

Banjir Kedah Semakin Menurun

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit. Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.
Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam.

Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga, Pokok Sena 1,480 mangsa daripada 250 keluarga dan Pendang 249 orang daripada 62 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Baca Selanjutnya..

Inter Bikin Wenger Panas

LONDON: Telinga Arsene Wenger kembali pedih, semalam dengan perkhabaran terbaru betapa Inter Milan dikaitkan dengan usaha mahu memancing kapten Arsenal, Cesc Fabregas dengan tawaran lumayan, £32.5 juta (RM162 juta).

Angka itu hampir sama dengan tawaran oleh Barcelona yang bagaimana pun ditolak oleh pengurus kelab The Gunners itu awal musim panas ini.
Turut menjadi perkembangan menarik ketika jendela perpindahan pemain ditutup, hari ini adalah usaha Manchester United mahu mendapatkan khidmat Jack Rodwell - pemain tengah berusia 19 tahun dari Everton dengan nilai £10 juta (RM50 juta).

Impian Inter tampak pudar dalam saat genting ini tetapi ia tampak tidak menyekat pengendali kelab berbangsa Sepanyol, Rafael Benitez untuk mengejar pembelian terakhir itu.

Tawaran Inter bagi Fabregas dikatakan sekitar £28.5 juta (RM142 juta) termasuk bekas pemain tengah Portsmouth, Sulley Muntari tetapi pemain Ghana itu mungkin dipindahkan ke kelab lain andai Wenger tidak berminat.

Sementara itu, Rodwell yang muncul pemain paling muda beraksi bagi kelab itu pada usia 16 tahun kebetulan menjaringkan gol ketika Everton menewaskan United 3-1 di gelanggang sendiri pada 2008.

Baca Selanjutnya..

Jawatan Kosong : Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah. Tarikh tutup 27 Mei 2010.

1. Juruaudit Dalam GRED : W41

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan
menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume),
kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijilsijil
berkaitan (disahkan salinan sebenar) serta
sekeping gambar berukuran passport kepada:

Dato’ Setiausaha
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman
Aras 5, Menara Zakat
Jalan Telok Wanjah
05200, Alor Setar
Kedah
UP: Bahagian Sumber Manusia

Sila tulis nama Jawatan di sebelah atas kiri sampul surat dan calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

>Iklan<

Baca Selanjutnya..

Jawatan Kosong : Perbadanan Hang Tuah Jaya, Melaka

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Melaka) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi jawatanjawatan berikut di Perbadanan Hang Tuah Jaya. Tarikh tutup 14 Mei 2010.

1. Penolong Pegawai Tadbir N27
2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17
3. Pembantu Tadbir Kewangan W17
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
5. Pembantu Am Pejabat N1
6. Pemandu R3

CARA-CARA MEMOHON :-
i. Permohonan perlulah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan
atau dokumen-dokumen yang berkaitan dan hendaklah diakui sah
sepertimana syarat yang ditetapkan dan dihantar ke alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Hang Tuah Jaya,
Aras 3, Wisma Negeri, Bandar MiTC,
Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka.
(Up: Bahagian Pentadbiran)

>Iklan< >Borang<

Baca Selanjutnya..

Jawatan Kosong : Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Selangor

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor. Tarikh tutup 13 Mei 2010.

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Perhatian Kepada Pemohon :

i) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dengan muat turun melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu www.mpaj.gov.my atau datang sendiri ke alamat berikut :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MENARA MPAJ, KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ARAS 4
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR

ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 para 17;

iii) Permohonan mestilah disertakan dengan gambar pemohon berukuran passport, salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan dan kelulusan akademik yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon;

iv) Transkrip keputusan peperiksaan akhir semester;

v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;

vi) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak; dan

vii) Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya.

>Iklan<

>Borang<

Baca Selanjutnya..

Jawatan Kosong : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Tarikh tutup 14 Mei 2010.

1. Juruteknik Elektrik

2. Juruteknik Mekanikal
3. Pembantu Am Pejabat

CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga
Lebuhraya Malaysia di alamat http://e-jawatan.llmnet.gov.my/jawatan mulai 30
April 2010 hingga 13 Mei 2010.

>Iklan<

Baca Selanjutnya..

Jawatan Kosong : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut: Tarikh tutup 24 Mei 2010.

1. JURUTERA J41
2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
3. PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C41
4. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
5. PEGAWAI TADBIR N41
6. AKAUNTAN W41
7. PEGAWAI PENERANGAN S41
8. PENOLONG JURUTERA J29
9. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J29
10. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
11. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C27
12. PENOLONG JURUAUDIT W27
13. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27
14. JURUTEKNIK J17
15. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
17. PEMBANTU PENGUATKUASA N17
18. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
19. PEMANDU KENDERAAN R3
20. PEMBANTU AM PEJABAT N1

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
(b) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.
(c) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.
(d) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.
(e) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
(a) Permohonan hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Baca Selanjutnya..

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top